T-Test (Kuliah GB6323 Minggu ke-7)

“T-tests are used when you have two groups (e.g. males and females) or two sets of data (before and after), and you wish to compare the mean score on some continuous variable. There are two main types of t-tests. Paired sample t-tests (also called repeated measures) are used when you are interested in changes in scores for participants tested at Time 1, and then again at Time 2 (often after some intervention or event). The samples are ‘related’ because they are the same people tested each time. Independent sample t-tests are used when you have two different (independent) groups of people (males and females), and you are interested in comparing their scores. In this case, you collect information on only one occasion but from two different sets of people.” (Pallant 2011)


<><><><><><><><><><><>

Jenis-jenis Data

1. Nominal

  • Aras paling rendah
  • Bertujuan untuk pengkelasan, pengenalan
  • Jantina, nombor KP, jenis sekolah, kod buku

3. Sela

  • Nombor menunjukkan kuantiti
  • Jarak sekata antara nombor.
  • Suhu, markah ujian, IQ
  • Nilai sifar arbitrari

2. Ordinal

  • Pengkelasan mengikut pemeringkatan
  • Nombor menunjukkan kuantiti; jarak tidak sekata
  • Kedudukan dalam kelas, penarafan, kemahiran bertutur, ranking

4. Nisbah

  • Nombor menunjukkan kuantiti
  • Jarak sekata antara nombor.
  • Berat, tinggi, pendapatan
  • Nilai sifar menunjukkan tiada

 <><><><><><><><><><><>

UJIAN-T

  • analisis inferensi
  • Menguji/melaporkan perbezaan min
  • Ujian-t terbahagi kepada 2 iaitu: i) Ujian-t sampel tak bersandar, dan ii) Ujian-t sampel bersandar
  • Contoh 1: Perbandingan skor min Pencapaian (IV) pelajar lelaki dan perempuan (Catatan: sampel tak bersandar kerana lelaki dan perempuan adalah berbeza).
  • Contoh 2: Perbandingan skor min pencapaian pelajar sebelum rawatan/intervensi (pre-test) dan selepas rawatan/intervensi (post-test) (Catatan: contoh ini adalah sampel bersandar kerana individu yang sama diuji/member skor secara pre-post test).
  • Bagi ujian-t sampel tak bersandar, Ujian-F(Levene Test) dijalankan bagi menguji kehomogenan varians

F = S2 Besar/ S2 Kesil ; jika didapati nilai F (Ujian Levene Test) tidak signifikan (p>0.05), maka Hipotesis Nul diterima, data tersebut dikatakan homogen. Dan, varians adalah Homogen. Ujian-t bagi varians yang disatukan (pooled).Bagi Varians Heterogenus, ujian-t varians berasingan digunakan(Separate). (Catatan: Dalam Kaedah Penyelidikan 2, perkara ini telah disentuh dgn pjg lebar. Sila rujuk nota2 berkaitan untuk mengimbas kembali pengetahuan lepas.)

“…independent-samples t-test, used when you want to compare the mean scores of two different groups of people or conditions…”

“…paired-samples t-test, used when you want to compare the mean scores for the same group of people on two different occasions, or when you have matched pairs…”

~Pallant 2011~

  • Dalam satu lengkungan normal, terdapat ±3 s.d (standard deviation).
  •  
  • Merujuk kepada ujian-t, pengiraan min adalah mengambil kira varians dan saiz sampel.
  • Semakin besar nilai t, peluang menolak hipotesis semakin besar.
  • Terdapat 3 faktor mempengaruhi nilai-t (untuk menyatakan perbezaan/Menolak Ho):
  1. Perbezaan min yang besar
  2. Saiz sampel (n); sampel yang besar, maka nilai t adalah besar (peluang menolak hipotesis turut besar). n yang besar juga turut memungkinkan penyelidik melakukan type 1 error (menolak hipotesis yang benar).
  3. Varians; varians yang besar, t akan menjadi kecil (kemungkinan menolak hipotesis adalah sangat rendah). Dan, bagi varians yang kecil pula, t akan menjadi besar (kemungkinan menolak Ho adalah tinggi).
Type I error (Ralat Jenis I): Berlaku apabila seorang penyelidik menyatakan bahawa hubungan/perbezaan wujud,  meskipun ia tidak wujud; Ia bermaksud tidak betul menolak sesuatu hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut betul.
Type II error (Ralat jenis II): Berlaku apabila seorang penyeldik menyatakan bahawa hubungan/perbezaan tidak wujud, meskipun sebenarnya ia wujud!; Ia bermaksud menerima hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut salah .

Andaian ujian-t;

  • Data (IV) mestilah continuous bersifat interval
  • Taburan data adalah normal
  • Cerapan yang dilakukan adalah bebas
  •  Kehomogenan varians

 CONTOH: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua kanan mengikut jantina?

  • untuk mengukur kualiti peribadi tersebut, pastikan data bagi soalan kajian tersebut telah d compute [ (b01+b02+…bn)/n ].
  • Dalam aplikasi SPSS tersebut, klik/ikut langkah berikut:

Analyze>Compare Means>Independent-Samples T Test

Pilih ‘minkualitiperibadi’ utk dimasukan ke dalam ‘Test Variable(s)’; dan ‘Jantina  Pengetua’ diletakkan dalam ‘Grouping Variable’.

  • Pada output SPSS, perhatikan jadual seperti di bawah,

<><><><><><><><><><><>

Catatan:

  • Std.Error Mean yg besar = ralat besar
  • Perhatikan keputusan Levene’s Test
  • α = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap melakukan Type 1 Error (menolak Ho yang benar) adalah 5%.

<><><><><><><><><><><>

Jadual di atas (Levene’s test) menunjukkan, p=0.66; >0.05, maka Ho diterima (tidak signifikan). Ini membuktikan bahawa data adalah homogenus.

Oleh yang demikian, baca nilai t bagi ‘Equal variances assumed’ (pooled).

[CARA mudah utk baca nilai t yang mana satu!...nilai Levene's Test p>0.05(p besar), baca nilai ATAS. Nilai p<0.05 (p kecil), baca BAWAH…]

“If your Sig. value for Levene’s test is larger than .05 (e.g. .07, .10) you should use the first line in the table, which refers to Equal variances assumed. If the significance level of Levene’s test is p=.05 or less (e.g. .01, .001), this means that the variances for the two groups (males/females) are not the same. Therefore your data violate the assumption of equal variance. Don’t panic—SPSS is very kind and provides you with an alternative t-value which compensates for the fact that your variances are not the same. You should use the information in the second line of the t-test table, which refers to Equal variances not assumed (Pallant 2011)”.

 

  •  F=ujian varians 2 kumpulan
  • T=perbandingan mean 2 kumpulan

***Keputusan ujian-t di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi antara pengetua lelaki dan perempuan.

Daripada output spss, terjemahkan dalam bentuk jadual untuk dilaporkan dalam laporan kajian. Contohnya seperti berikut:

Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan?

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan.

Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang mengikut jantina

Jantina Bil. Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap Signifikan
Lelaki 549 4.264 0.581 0.801 0.423
Perempuan 662 4.290 0.554

Laporan 1: Berdasarkan Jadual 1 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang bagi pengetua lelaki dan pengetua perempuan ialah t=0.801 dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) diterima. Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan.

Skor min tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki (min=4.264) adalah lebih kecil daripada pengetua perempuan (min=4.290). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki dan perempuan adalah sama.

Laporan 2: Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua lelaki (min=4.264) adalah sama dengan tahap kualiti peribadi pengetua perempuan (min=4.290).

<><><><><><><><><>

Menurut Dr.Jamil, cara pelaporan yang pertama adalah mengulang semula apa yang ada pada jadual dan hanya untuk menebalkan tesis. Manakala, Laporan 2 adalah padat dan ringkas. Cara yang kedua adalah dicadangkan untuk penulisan laporan kajian. Yang pasti, kedua-dua contoh laporan di atas boleh diaplikasikan dalam penulisan laporan kajian.

<><><><><><><><><>

Contoh pelaporan dalam Pallant (2011):

An independent-samples t-test was conducted to compare the self-esteem scores for males and females. There was no significant difference in scores for males (M = 34.02, SD = 4.91) and females (M = 33.17, SD = 5.71; t (434) = 1.62, p = .11, two-tailed). The  magnitude of the differences in the means (mean difference = .85, 95% CI: –1.80 to 1.87) was very small (eta squared = .006).

<><><><><><><><><>

Alhamdulillah…begitulah serba sedikit ilmu yang dapat dipelajari dalam kelas Analisis Data pada minggu yang ke-7 (28 Okt 2011) hasil bimbingan Dr. Jamil Ahmad.

Rujukan lanjut dalam Palant (2011) m/s 239-248.

About these ads

2 thoughts on “T-Test (Kuliah GB6323 Minggu ke-7)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s