Kuliah GE6543 (Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan) Minggu ke-5

Alhamdulillah. Kuliah hari ini berjalan dengan lancar dalam suasana yang kondusif. Berikut serba sedikit maklumat berkaitan kuliah:

Tajuk: Penyelidikan Perpustakaan (Pencarian Maklumat)

Penyampai: Puan Lela Ruzma Mohd Shaari (emel: lela@ukm.my)

Tempat: siber@ptsl, Universiti Kebangsaan Malaysia

Masa: 3 hingga 6 petang

Agenda/Objektif:

Pencarian maklumat melalui sumber-sumber perpustakaan berikut:

i) Sumber Bercetak – GEMILANG

ii) Sumber Elektronik

  • e-artikel : Jurnal & Akhbar
  • e-Book
  • e-Thesis
  • e-rep

Laman web perpustakaan Tun Sri Lanang (ptsl): http://www.ukm.my/library (berwajah baharu).

:::RINGKASAN KULIAH:::

i) Sumber GEMILANG

  • klik pada pages OPAC >>> Cataloque (Gemilang)
  • pencarian artikel menggunakan ‘browse‘, ‘keyword’. Didapati pencarian menggunakan keyword lebih ‘kaya’. Lebih banyak result yang diperolehi.
  • seterusnya, kita juga boleh menfokuskan pencarian lebih spesifik. Contohnya, kita hanya ingin melihat tesis-tesis sahaja. Di sana disediakan pilihan kepada pengguna (content filter).
  • di samping itu, pengguna juga boleh ‘save to cart’ dan seterusnya emelkan untuk dirujuk apabila perlu.

ii) Sumber Elektronik

  • klik pages e-journal. Terdapat senarai database2 yang boleh diklik terus.
  • cara/pendekatan pencarian maklumat terpulang kepada pengguna, samada ingin mencari mengikut bidang (Pendidikan/Psikologi, Sains Perubatan/Farmasi/Pergigian, Sains Sosial/Bahasa, Kejuruteraan/Komputer, Undang-undang, dll.) atau terus sahaja klik kepada database (sciendirect, scopus, etc.) yang biasa digunakan yang telah disusun mengikut abjad (A-Z) dalam web perpustakaan UKM.
  • Namun, untuk tidak memeningkan kita mencari dari database ke database yg lain, library UKM telah membantu menyediakan database JetP (Jurnal Elektronik Teks Penuh). JetP adalah sistem yang dibina untuk membolehkan pengguna mengakses kesemua bahan rujukan elektronik yang dilanggan oleh library UKM tanpa mengira database. JetP umpama sebuah ladang yang luas yang di dalamnya ditanam dengan pelbagai jenis buah-buahan. Kalau nak cari buah anggur, ada di ladang tersebut, cuma ditanam di batas yang berlainan dengan buah ceri.
  • Contoh: kita taip ‘curriculum’, JetP akan memaparkan semua yang berkaitan keyword tersebut. Kita akan dapati, Sciendirect, scopus, EBSCOhost, JStor, dll akan memaparkan bahan yang berkaitan keyword tersebut jika ada dalam database mereka. Maka, daripada situ, kita boleh terus mengklik mana yang berkaitan.
  • Jika kita dah biasa dan tahu bahan yang kita cari ada di dalam database2 tertentu, maka terus klik sahaja. Tiada masalah.
  • ‘search within result’ juga membantu kita untuk mencari bahan secara lebih menjurus kepada bidang yang kita perlukan. Cubalah…
  • Seterusnya, pencarian e-book (klik pages e-book) juga ditunjukkan. Di Ukm ada beberapa database yg dilanggan khusus untuk e-book. Contohnya, Springer ebook, Engnetbase, Access Medicine (perlu daftar, mudah jer!), dan jangan lupa Open Access Jurnal.
  • e-Thesis (klik pages e-thesis) turut disentuh dalam kelas hari ni. MyTo (Malaysia Thesis Online) menjadi tapak yang mengumpulkan tesis-tesis di universiti-universiti di Malaysia. Tetapi, sekadar boleh melihat tajuk, penulis, dan lokasi. Jika ingin melihat tesis tersebut, silalah ke perpustakaan universiti berkenaan. Membantu, bukan tak membantu…
  • Jangan kecewa….walaupun kita tidak dapat melihat tesis fulltext dalam MyTo, ProQuest menyediakan perkhidmatan fulltext untuk tesis-tesis luar negara. cuba cari link ‘Open Access Thesis’. Tadi try search “Australian Thesis” >>> search all digital Australian Thesis…hasilnya, jumpa satu tesis yang menarik…Rahsia…
  • DAN, last but not least…dalam Researcher Guide (klik pages Researcher Guide), terdapat apa yang dipanggil University Publication Report atau mudah dipanggil sebagai E-Rep. Melalui E-Rep, kita boleh mencari hasil2 penulisan kita (tahniah bagi yang dah ada) atau pensyarah2 kita (insyaAllah ada) dengan hanya menaip nama author. Maka, terpaparlah tulisan2 yang pernah dihasilkan. Oh ya, nak akses, klik pada ‘visitor’, dan Login dengan number matrik (Pxxxxx) dan bukan dengan kata laluan yg bermula angka ’30’ tu. Jika tak dapat akses melalui cara mengklik ‘Visitor’ tadi, terus sahaja guna URL ni, http://smk.ukm.my/erep/cari.cfm (setakat posting ini ditulis, URL ini memang boleh diakses).

Alhamdulillah…demikianlah sedikit sebanyak ilmu yang mampu ditimba hari ini. Terima kasih tak terhingga buat PM Dr Norazah kerana menyediakan slot ini untuk kami. Terima kasih juga kepada Pn.Lela di atas ilmu yang disampaikan. Semoga Allah kurniakan pahala yang baik di atas ilmu yang dicurahkan oleh para guru/pensyarah2 tanpa rasa jemu bersesuaian dengan salah satu daripada beribu-ribu hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” Tidak lupa buat PM Dr Rosseni yang sedang menunaikan fardhu Haji. Semoga mendapat haji yang mabrur.

InsyaAllah, minggu hadapan (Minggu ke-6), kuliah berkaitan EndNote akan dijalankan di tempat yang sama (siber@ptsl, aras 4). ***Tertakluk kpd perubahan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s