Kuliah Minggu ke-6 GE6543 -EndNote

Kuliah pada minggu ini dijalankan secara bengkel di siber@ptsl, UKM. Minggu ini bengkel EndNote disampaikan oleh Puan Shaizimah Binti Badzri.

Di antara intipati kuliah adalah seperti berikut:

  • Cara-cara mewujudkan “database of references”. -Reference Library (Namakan sendiri).
  • Semasa pertama kali mewujudkan Reference Library (RL), pastikan pilih Style (cth.:APA, Chichago, dll) mengikut ketetapan format penulisan yg kita kehendaki.
  • ADDING/EDIT/DELETE REFERENCES. Dalam bab ini, kita perlu memilih bahan rujukan yang kita masukan dlm RL, sama ada dlm bentuk buku, artikel jurnal, dll. Setelah selesai memasukkan satu-satu rujukan ke dalam RL, klik pada x button bewarna gray.
  • Seterusnya, format RL ini boleh diedit mengikut gaya penulisan yang kita perlu ikuti/patuhi. Jika nama penulis Melayu, untuk memastikan namanya ditulis dgn betul pada Rujukan, letakkan tanda koma (,) di hujung nama bapa.
  • Untuk mengedit template RL, klik pada Edit>Output Styles>Edit style yg berkaitan. Dua bahagian utama yg perlu/lazim diedit adalah “Citations” dan “Bibliography”. Biasanya yang diedit dlm 2 bahagian tersebut ialah ‘templates’ dan ‘Author Lists’.
  • Dalam mengedit RL, kita juga boleh menggunakan button ‘Quick Edit’.
  • IMPORT REFERENCE. Topik ini membincangkan cara-cara mengimport senarai rujukan daripada database jurnal artikel. Cuma klik pada kotak2 artikel yang kita perlukan (pd database, cth.: Science Direct, dsb.), selepas itu, select export citations. Maka, dengan itu, rujukan tersebut akan masuk dalam RL kita. Dan!, kita juga boleh meng’attach’ ful text dlm RL (Download dahulu drpd database artikel jurnal).
  • Bagi Springerlink, kita perlu memilih ‘EndNote’ dalam “Select Citation Manager” sebelum boleh mengeksport citations.
  • Sementara itu, untuk eksport citations drpd google scholar, perlu terlebih dahulu edit ‘Scholar Preferences’ (penjuru kanan-atas webpage). Pada bibliography Manager, pilih EndNote pd pilihan ‘Show links to import citations into’. Selepas memilih pilihan tersebut, baharulah kita akan dapati ada button/kemudahan “Import into EndNote” pada setiap result pencarian melalui google scholar.
  • CUSTOM GROUP. Bertujuan untuk kita organize sumber rujukan yang telah kita masukan dalam RL. Terpulang…sama ada nak kategorikan mengikut chapter, atau jenis rujukan (buku, artikel, dsb.).
  • Yg utama, klik ‘CreateGroupSet’ (umpama induk rujukan, cth. kita namakan TESIS, atau TUGASAN ICT) pastu namakan. Di bawah Create Group Set tersebut kita cuma klik Create Group (sub drpd rujukan utama, cth. kita kategorikan sbg, bentuk bahan rujukan, BUKU, ARTIKEL, WEB, dsb.) shj. Mudah untuk kita rujuk bila perlu.
  • CITE WHILE YOU WRITE. Mudah!, semasa menulis, apabila kita perlukan mana2 citation, cuma pergi kepada RL kita, highlight atau pilih rujukan mana yang nak kita cite, pastu pergi semula kepada penulisan yg sedang kita tulis (word), padaMenu EndNote, cuma klik ‘Insert Selected Citation(s)’. Secara automatik juga, rujukan yg kita cite akan tersenarai di bawah sebagai ‘Senarai Rujukan’.

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya nukilkan berkaitan pembelajaran berkaitan EndNote. Sekadar nota untuk diri…Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s