Kuliah Minggu ke-10 GE6543

Hari ini pembentangan tugasan kedua yang berkaitan Kajian Literatur mengikut tajuk-tajuk yang telah dibahagikan (secara berkumpulan). Tajuk saya dan sahabat saya Rian Vebrianto ialah “eBook dan Peranti Mobile”. Alhamdulillah, selesai dibentangkan dan hanya bersedia untuk write-up mengikut format yang ditentukan oleh PM Dr. Norazah.

PM Dr Norazah turut menerangkan berkaitan tugasan yang ke-3 berkaitan Web 2.0 (Tajuk kumpulan kami: “Bookmarking/Annotation”). Setiap pelajar perlu membuat beberapa contoh penggunaan Tool Web 2.0 untuk dibentangkan kepada rakan-rakan yang lain.

Seterusnya, Tugasan yang terakhir (ke-4) adalah berbentuk ‘Penganjuran Workshop’ untuk guru-guru tadika. 2 atau 3 aplikasi web 2.0 yang bersesuaian dengan pendidikan peringkat tadika dipilih untuk didedahkan kepada guru-guru tersebut agar dapat diaplikasikan dalam bilik darjah. ‘Permasalahan’ yang bakal diisikan dalam aplikasi tersebut akan di upload oleh PM Dr Norazah sedikit masa lagi dalam egroup ggge6543-2011. Bengkel ini bertujuan untuk ‘Pemberian Latihan’ kepada para guru tadika agar ICT melalui Web 2.0 dapat dimanfaatkan dalam P&P di tadika. Perbincangan di antara seluruh pelajar akan dijalankan untuk tujuan pembahagian kumpulan/tugas bagi menjayakan Workshop tersebut.

Semoga Kita Semua Berjaya!!! InsyaAllah…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s